Monday, 1 December 2008

APC 2008


Sekitar majlis APC 2008

Gambar pemenang APC 2008 bersama Pengarah,
Tn.Hj.Mohamad Nazari Bin.Hj.Abdul Hamid..

dan bergambar bersama Ketua Pengarah PNM,

jemput makan...
Exceli majlis ini merupakan Majlis Anugerah Perpustakaan Cemerlang (APC) 2008.
Semua staf Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak hadir memeriahkan
majlis tersebut. Ia telah diadakan di Perpustakaan Awam Seri Iskandar pada
01.11.2008 yang lalu. Majlis telah dihadiri oleh tetamu VIP iaitu Tuan Raslin Bin Abu Bakar ,
yang merupakan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia.
Majlis Anugerah Kecemerlangan Perpustakaan 2008 merupakan satu majlis yang diadakan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi 5 Anugerah / Pertandingan yang telah diadakan.
Penyampaian hadiah pada hari tersebut adalah bagi Anugerah / Pertandingan seperti berikut :
1. Hadiah Pertandingan Lukisan Pelajar - Malaysa Jepun 2008
2. Hadiah Pertandingan Perpustakaan Keluarga Peringkat Negeri Perak
3. Hadiah Perkhidmatan Perpustakaan Cemerlang
4. Hadiah dan Sijil Penghargaan Kakitangan
5. Hadiah dan Sijil Anugerah Cemerlang Kakitangan
Majlis telah diserikan dengan persembahan kakitangan disamping cabutan bertuah.
Diakhir majlis , tetamu telah disajikan dengan jamuan makan tengahari .

Jom! Mewarna


Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya..

Sunday, 30 November 2008

Pertandingan Congkak


Inilah pemenangnya..


Hadiah yang disediakan


Antara foto para peserta yang sempat dirakam


Antara peserta yang menyertai aktiviti


Apa agaknya yang sedang difikirkan tu, dik..






Menaip terpantas


Aktiviti menaip teks terpantas.



1,2,3 mula..

Saturday, 29 November 2008

Jom! Dengar Cerita


Aksi bercerita dari adik Amanina..


Antara yang mengambil bahagian..


Sungguh berbakat adik2 ni..

Yeaaaa..dapat hadiah..
Seronok dapat hadiah..

Inilah wajah2 kecil yang punya bakat besar gitu.. apapun tahniah ya!










Tuesday, 25 November 2008

Pameran

Antara aktiviti lain yang diadakan di Perpustakaan Awam Selama untuk menarik orang awam berkunjung ke sini adalah dengan cara mengadakan pameran buku. Daripada pemerhatian yang dilakukan, didapati kebanyakan orang awam amat berminat dengan buku-buku baru dan terkini. Oleh yang demikian, saya juga tidak melepaskan peluang mempamerkan buku-buku tersebut dan secara tidak langsung ianya dapat membantu orang awam mengenalpasti buku-buku apa yang terdapat di Perkhidmatan ini. Diharap usaha ini dapat membantu menambahkan lagi keahlian di sini. Insya-Allah..

Monday, 24 November 2008

Jom! Belajar Komputer


belajar menaip adik2 ni..


ni pulak belajar melukis..




Aktiviti ini telah dijalankan di Sudut Multimedia Perpustakaan Awam Selama.
Datanglah, segalanya percuma!!

Saturday, 22 November 2008

Aktiviti Galakguna (Permainan dalaman)


pertandingan dam & pertandingan batu seremban


pertandingan congkak & permainan saidina
Aktiviti telah dijalankan di Sudut Kanak-kanak Perpustakaan Awam Selama.
Datanglah beramai-ramai, segalanya percuma untuk anda!!

Selangkah ke perpustakaan, seluas ilmu pengetahuan..


Wednesday, 19 November 2008

Jom! Ke Perpustakaan


Lokasi
Perpustakaan Awam Selama terletak berhampiran Majlis Daerah Selama dan berhadapan Klinik Kesihatan Selama. Lokasinya yang strategik dan di tengah-tengah Pekan Selama memudahkan masyarakat setempat mengunjunginya.

Sejarah Perpustakaan
Bangunan ini pada awalnya merupakan Dewan Majlis Daerah Selama. Kemudian, ia telah diubahsuai menjadi Perpustakaan Awam memandangkan tiada bangunan yang sesuai untuk menempatkan bahan bacaan yang semakin bertambah.

Perasmian Bangunan
Perpustakaan Awam Selama telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Abdul Majid Bin Hj. Hussein iaitu Setiausaha Kerajaan Perak pada 28 Mei 1999 bersamaan 12 Safar 1420H
.

Monday, 17 November 2008

Pengenalan


Perpustakaan Awam Selama