Monday, 1 December 2008

APC 2008


Sekitar majlis APC 2008

Gambar pemenang APC 2008 bersama Pengarah,
Tn.Hj.Mohamad Nazari Bin.Hj.Abdul Hamid..

dan bergambar bersama Ketua Pengarah PNM,

jemput makan...
Exceli majlis ini merupakan Majlis Anugerah Perpustakaan Cemerlang (APC) 2008.
Semua staf Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak hadir memeriahkan
majlis tersebut. Ia telah diadakan di Perpustakaan Awam Seri Iskandar pada
01.11.2008 yang lalu. Majlis telah dihadiri oleh tetamu VIP iaitu Tuan Raslin Bin Abu Bakar ,
yang merupakan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia.
Majlis Anugerah Kecemerlangan Perpustakaan 2008 merupakan satu majlis yang diadakan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi 5 Anugerah / Pertandingan yang telah diadakan.
Penyampaian hadiah pada hari tersebut adalah bagi Anugerah / Pertandingan seperti berikut :
1. Hadiah Pertandingan Lukisan Pelajar - Malaysa Jepun 2008
2. Hadiah Pertandingan Perpustakaan Keluarga Peringkat Negeri Perak
3. Hadiah Perkhidmatan Perpustakaan Cemerlang
4. Hadiah dan Sijil Penghargaan Kakitangan
5. Hadiah dan Sijil Anugerah Cemerlang Kakitangan
Majlis telah diserikan dengan persembahan kakitangan disamping cabutan bertuah.
Diakhir majlis , tetamu telah disajikan dengan jamuan makan tengahari .

No comments: