Wednesday, 19 November 2008

Jom! Ke Perpustakaan


Lokasi
Perpustakaan Awam Selama terletak berhampiran Majlis Daerah Selama dan berhadapan Klinik Kesihatan Selama. Lokasinya yang strategik dan di tengah-tengah Pekan Selama memudahkan masyarakat setempat mengunjunginya.

Sejarah Perpustakaan
Bangunan ini pada awalnya merupakan Dewan Majlis Daerah Selama. Kemudian, ia telah diubahsuai menjadi Perpustakaan Awam memandangkan tiada bangunan yang sesuai untuk menempatkan bahan bacaan yang semakin bertambah.

Perasmian Bangunan
Perpustakaan Awam Selama telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Abdul Majid Bin Hj. Hussein iaitu Setiausaha Kerajaan Perak pada 28 Mei 1999 bersamaan 12 Safar 1420H
.

No comments: